meh nk kongsi bahan2 n cara buatnya . tp ada ambil at internet juga . baru belajar katakan .
Walaupun
resepinya dah ada sebelum ni, tp nk kongsikan juga sebab kali ni, gunakan minyak masak sepenuhnya menggantikan margerin cair.
Bahan-bahannya: (menghasilkan lebih kurang 90 ketul kek saiz kecil seperti apam)
3/4 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir- K.An kurangkan 2 sudu besar
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair/ sejat
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum***
1 sudu teh soda bikarbonat***
1 sudu teh baking powder***
bahan bertanda *** diayak bersama
3 biji telur Gred A atau B dipukul sedikit.
Cara membuatnya:
1.
Campurkan serbuk coklat, gula pasir, susu cair dan minyak di dalam
periuk. Hidupkan api sederhana. Kacau adunan hingga gula cair dan bahan
sebati. Tak perlu mendidih. Angkat daripada dapur dan biarkan suam.
2. Sementara itu, ayak bersama tepung , soda bikarbonat dan baking powder.
3.
Tuangkan susu pekat atau krimer manis ke dalam periuk adunan yang dah
menjadi suam tadi. Gaul rata. Masukkan telur dan gaul sebati.
4.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit-demi sedikit dan gaul hingga
sebati. Sediakan acuan apam dan alas dengan cawan kertas kecil. Isikan
adunan kek 3/4 penuh acuan. Kukus selama 10 minit.
Adunan
boleh juga dimasukkan ke dalam loyang besar yang sesuai. Pastikan
adunan cuma diisi 3/4 penuh kerana kek akan mengembang setelah dimasak.
Jika menggunakan loyang masa mengukus adalah 30 minit atau sehingga kek
masak (cucuk dengan lidi, bersih apabila dikeluarkan.)
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment